Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

Tuesday, January 27, 2009

Artikel ini dicelok dari mamat yg bernama Justkhai yg kiranye pandai jugak la pasal bab - bab komputer ni....(sory ye khai curi ko punye artikel.....jangan saman saye sudey...)

sbb utama aku tulis artikel ni.. sbb kawan - kawan aku semua baru beli laptop sbb dah nak praktikal ni... so dengan artikal ni , sedikit sebanyak dpt la membantu korang dalam pengetahuan komputer ni.. takde la korang ni asik bukak Ym, Myspace, friendster ngan Youtube je...tak berkembang otak korang nanti kan.. OHH terlebih sudah...

buat ikut turutan ok.......

1. Buang segala macam program yang tidak digunakan
Korang mesti perasan yang Windows ni bila kita baru format (like korang beli pc baru), dia punya performance memang mantap kan? Tapi lama-kelamaan, bila korang dah masuk software itu ini, game dan macam-macam lagi lah, korang sendiri dapat rasakan yang performance mantap tu dah berubah jadi slow. Jadi ini tak bermakna korang perlukan RAM yang besar je untuk hidup.

So pastikan korang buang mana-mana application atau games yang nyatanya tidak lagi korang guna. Atau mungkin 2 tahun sekali baru korang nak bukak. Biarpun application tu korang tak gunakan, ianya still menggunakan sebahagian besar ruang hard disk dan akan memberi effect pada performance PC korang. Percayalah.

Click Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs.

2. Pastikan hard disk bersih dan tersusun
Bila hard disk korang tidak tersusun dan penuh dengan segala macam data yang tak berguna, ianya akan memberi kesan kelembapan pada PC bila mana hard disk korang gagal memberikan full performance dari tindak balas OS. So tanpa perlu menggunakan apa-apa software, korang hanya perlu lakukan Disk Cleanup dan juga Disk Defragmenter.

Click Start >> All Programs >> Accessories >> System Tools

* Disk Defragmenter mengambil masa yang agak lama mengikut saiz partition yang korang nak defrag. So Khai nasihatkan, kalau nak buat pun, buat masa nak tidur. Bangun nanti siap la tu.

3. Pastikan registry “Error-free” maa..
Ini yang paling penting bagi sesebuah PC. Registry adalah “critical componant” bagi sesebuah komputer. Bila korang install apa-apa application mahukan uninstall, registry korang akan berterabur dan tak tersusun. Kadang-kadang tu, even korang dah uninstall pun, tak bermakna registry application tu akan turut hilang. Kesan disebabkan registry errors dapat dilihat bila PC korang hang, system crash atau keluar blue screen daa. Seram kan? Hahaha..

So korang perlukan satu software yang mampu perbaiki error di bahagian registry. Korang boleh gunakan apa-apa registry cleaner tools yang ada dalam internet ni. Atau kat bawah ni ada satu software yang Khai recommend untuk korang guna. Silalah download kalau mahu.

Tune Up Utilities 2009
Download - 371 kali telah di download. ( kalau takde just download freetry (google) je pastu ambik Crack yg ade kat sini)
Crack = click sini..

*registry amat sensitif.. play at your own risk..

4. Pastikan desktop kurang icon
Pastikan desktop korang tak penuh dengan macam-macam icon, file, shortcut dan segala macam data. Selain menunjukkan yang korang ni jenis serabut dan tiada arah (maaf ye), ianya juga memberi kesan kelembapan bila korang turn on PC.

So, sila remove mana-mana icon dan shortcut yang tak berguna kat desktop korang tu. Apa lagi file-file yang besar macam MP3, executable file dan sebagainya. Letak kat mana-mana pun asalkan bukan di desktop.

Cara mudah, sila right click di desktop, klik view dan un’tick Show Desktop Icon. Habis licin semua tersorok. Hehe. Lakukan before korang shutdown dan bila korang on balik pc tu nanti, windows tak perlu bersusah payah nak load icon tu balik. Ini cara bagi mereka yang pemalas nak bersihkan desktop.

Info Tambahan
Khai tak tahu samaada korang tahu atau tak, function refresh di desktop tu kegunaan dia hanya untuk reload icon-icon di desktop semata-mata. Ianya langsung tak memberi kesan performance pada PC. Jangan cakap bila korang refresh, PC korang jadi laju pulak ye? So lepas ni tak payah nak main-main refresh kat desktop tu melainkan ianya dah menjadi habit korang. Macam Khai jugak bila time menunggu file-file di’upload, main la refresh-refresh. Bapak bosan hidup aku. Haha.

artikel ini dicopy and dipaste dari laman web yang boleh dipercayai...... pastu azam nak tambah sikit software yang kiranye bagus jugak la korang install iaitu

  • software azan.. so bila tengah syok online YM tu bila terdengar azan ... so tak reti - reti lagi ke nak tunaikan solat tu.......kalau nak download kat sini
  • untuk sesiape yang gatal nak pakai win vista tapi loptop korang beli waktu zaman Hang Tuah tu.. mesti keciwa bagai nak nangiskannn sbb tak dapat instal... so kat sini ade software yang boleh korang download walaupun korang pakai win XP. Just install je benda ni pastu ia terus bertukar menjadi win Vista.. takpawah nak format laptop pun... mcm aku buat. hahah bangga siut pakai window ni. korang boleh download kat sini...

0 comments:

Post a Comment