Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

PARASITOLOGI III : ARTROPOD...

Saturday, January 10, 2009

TUJUAN

Perkataan "artropod" datang daripada dua kalimah Yunani, arthro (bersendi) dan lenggai (kaki). Oleh itu, semua arthropods adalah binatang-binatang mempunyai sendi-sendi dalam rangka luar mereka dan ia termasuk semua bagi anggota badan mereka. Kumpulan haiwan-haiwan yang diketahui sebagai arthropods adalah merupakan kumpulan serangga yang paling penting dan ia merupakan spesis dan individu yang paling banyak bilangannya dalam alam haiwan yang berada planet itu. Arthropod juga merupakn haiwan yang paling Berjaya sekali diantara haiwan – haiwan lain. Kumpulan ini termasuk serangga-serangga (kumbang-kumbang, semut-semut, kupu-kupu, dan sebagainya.), crustaceans (ketam-ketam, udang karang, teritip-teritip, dan sekutu-sekutu mereka), chelicerates (labah-labah, kala jengking, dan waris mereka), dan kumpulan binatang beberapa yang kurang pelbagai dan kurang dikenali. Terdapat lebih banyak menggambarkan spesies arthropods di Bumi daripada untuk semua haiwan lain bergabung. Kebanyakan arthropods mempunyai etiologi yang hebat, perubatan, dan kepentingan ekonomi.

Kepentingan

Arthropod juga merupakan penting didalam entomologi perubatan didalam ilmu serangga kerana mampu menjadi sebagai penular penyakit atau penyebab kepada sesuatu penyakit. Arthropod juga mempengaruhi manusia dalam banyak cara dan sesetengahnya mendatangkan manfaat kepada manusia dan ia juga boleh menyebabkan kerugian besar dari segi ekonomi disamping membahayakan manusia dan haiwan.

Antara kesan – kesan yang disebabkab oleh arthropod ialah :

· Infestasi

Ia berlaku apabila terdapat arthropod didalam tubuh yang boleh berlaku di bahagian luar seperti pedikulus yang disebabkan oleh kutu dan boleh mengakibatkan myiasis.

· Gigitan dan sengatan

Sesetengah gigitan oleh arthropod seperti nyamuk dan kutu tidaklah menyebabkan kesan yang teruk tetapi sengatan seperti labah – labah dan halipan akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat sehingga menyababkan kematian.

· Bendalir beracun dan beberapa racun yang lain

Atrtropod seperti ulat bulu mempunyai rambut bersengat dan ia kan menyebabkan kulit melepuh dan ini sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan gangguan pada kulit.

· Kejutan anfilaksis dan tindak balas alergi yang lain

Serangga yang mengandungi venom( racun yang terdiri daripada bahan- bahan protein yang kompleks, asid formic dan asid asetik biasanya tidak menyebabkan berlakunya banyak tindak balas. Akan tetapi ia mungkin menjadi hipersensitif selepas digigit pada kali pertama, dan apabila ia digigit oleh serangga yang sama pada kali kedua , ia akan mengalami tindak balas yang teruk dan serius.

· Entamofobia

Ia bermaksud takut kepada serangga seperti sentiasa berwaspada terhadap serangga dan ia juga mengakibatkan sesetengah orangterlalu takut sehingga terpaksa menjalani rawatan

MORFOLOGI ARTROPOD

Pada keadaan umunnya, kesemua arthropod mempunyai morfologi yang hampir sama iaitu :

· Badan yang bersegmen

· Badab serangga dewasa terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala , toraks, dan abdomen.

· Bersimetri bilateral

· Mempunyai exoskeleton

· Mempunyai tiga pasang kaki

· Kepalanya merupakan bahagian paling anterior dan terbentuk daripada 6 segmen yang telah bergabung

· Kepalanya mempunyai sepasang antenna , bahagian mulut dan mata.

· Sesetengah arthropod mempunyai mata majmuk / mata ringkas.

· Mempunyai apendej yang bersambung

· Mempunyai rangka luar yang keras.

· Apendej dibahagian lain ialah kaki untuk berjal;an , apendej untuk berenang atau apendej genetal.

· Anggota badan bersendi dan bersendi mouthparts - yang membenarkan pengkhususan luas

Antara bahagian utama morfologi arthropod ialah : -

Sistem pencernaan & Sistem-sistem Perkumuhan

Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu gut pangkal, yang terdiri daripada rongga mulut anterior, faring berotot, esophagus dan proventrikulus, gut tengah dan gut hujungan. Dekat persimpangan bagi usus tengah dan gut belakang adalah panjang, struktur-struktur nipis dipanggil Tubul-tubul Malpighi untuk osmoregulasi dan perkumuhan.

Sistem Peredaran

Ia terdiri daripada jantung yang terletak di bahagian dorsal, aorta dan terdapat juga salur darah yang berpasangan yang terbuka ke dalam hemoselom yang berlanjutan ke dalam semua bahagian badan.

Sistem Saraf

Ia terdiri daripad otak yang mengandungi ganglion sefalik dorsal dan gonglion sefalik ventral yang berpadu antara satu sama lain. Gangliomn sefalik dihubungkan dengan batang saraf berpasangandi bahagian median dan ventral melalui komisur sirkumesofagus. Saraf ventral yang berpasangan ini mempunyai ganglion pada setiap segmen badan.

Sistem Pernafasan

Sistem respirasi atau pernafasan arthropod terdiri daripada system trakea dandalam sepsis akuatik ia terdiri daripada ingsang. Organ respirasi bagi kala dan labah – labah dikenali sebagai paru – paru buku.

Sistem Pembiakan

Ia mempunyai morfologi orgen seks yang berlainan berdasarkan perbezaan morfologi. Sistem pembiakan betina adalah pada sebelah kiri dan jantan pada sebelah kanan

Lima kelas-kelas morfologi penting Arthropods adalah arachnida, chilopoda, diplopoda, crustacea dan insect :-

Kelas Arachnida: labah-labah, kala jengking, dan hama.
Morfologi Arachnida:

  • 2 badan ulas - sefalotoraks dan perut
  • 8 kaki
  • 1 sepasang chelicerae
  • tidak antena



Kelas Chilopoda (lipan-lipan)
Morfologi Chilipoda:

  • banyak segmen-segmen badan
  • 1 sepasang kaki setiap segmen badan
  • 1 sepasang antena
  • pasangan pertama kaki diubah suai menjadi beracun "taring-taring"

Kelas Diplopoda (gonggok)
Morfologi Diplopoda :

  • Banyak segmen-segmen badan
  • 2 sepasang kaki setiap segmen badan
  • 1 sepasang antena

Kelas Crustacea :ketam-ketam, udang, dan sowbugs.
Morfologi Crustaceana :

  • Segmen-segmen beberapa anggota - kepala, toraks dan perut
  • Segmen-segmen terlakur mungkin
  • Jumlah berbagai-bagai kaki
  • 2 pasangan-pasangan antena

Kelas Insecta (Serangga-serangga);kumbang-kumbang, pepijat, penyengat-penyengat, rama-rama, dan lalat-lalat
Morfologi insecta :

  • 3 badan ulas
  • 6 kaki
  • 1 sepasang antena

VEKTOR PENYAKIT

· Artropod berperanan didalam membawa parasit yang menyebabkan penyakit daripada seorang manusia kepada manusia lain.

· Kaedah tranmisi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaiyu kaedah makanik dan kaedah biologi : -

Tranmisi secara makanik

Ia berlaku apabila sesuatu serangga membawa mikroorganisma seperti bacteria disenteri melalui kaki atau bulu badan dari tempat yang kotor kepada makanan manusia atau kepada tubuh badab manusia.

Tranmisi secara biologi

Ia berlaku apabila arthropod bukan sahaja mentranmisikan mikroorganisma tetapi ia juga penting didalam kitar hidup parasit tersebut. Tranmisi dari segi ini boleh dibahagikan 3 kumpulan berikut :-

I. Perkembangan bilangan- parasit membesar tanpa melalui sebarang kitaran didalam badan arthropod berkenaan. Contohnya virus yang menyebabkan demam kuning, demam denggi yang berkembang di dalam badan nyamuk. Selepas beberapa hari, virus – virus ini akan mencapai kepekatan yang mencukupi di dalam kelenjar air liurnyamuk tersebut yang mengandungi virus yang akan disuntik sebagai suatu dos infektif apabila nyamuk ini menghisap darah perumah lain.

II. Perkembangan bentuk – parasit menjalani satu bahagian penting dalam kitaran hidupnya di dalam arthropod tanpa menambahkan bilangannya. Dalam filariasis, nyamuk akan menghisap beberapa microfilaria ke dalam ususnya dan makrofilaria ini pula akan mencari jalan keluar dari usus dan memasuki otot toraks, di mana ia akan melalui beberapa peringkat. Kemudian larva yang infektif ini akan merayap hingga ke proboscis nyamuk dan menginfeksi perumah yang lain ketika nyamuk itu sedang menghisap darah.

III. Perkembanagan bilangan dan bentuk - kitaran penting dan pertambahan pesat bilangan parasit berlaku dalam perumah arthropod. Parasit malaria itu menjalani satu bahagian penting dalam kitaran hidupnya di dalam nyamuk, bilangan parasit ini juga akan bertambah dengan banyak dalam serangga ini.

Antara cantoh peyakit yang disebabkan oleh vector penyakit arthropod ialah :-

· Japanese Encephalitis (JE)

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah dalam kes ini ialah nyamuk Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut .

· Penyakit filariasis

Penyakit Untut atau penyakit filariasis pernah menjadi satu penyakit yang amat digeruni di ASEAN. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk jenis mansonia. Penyakit Untut disebabkan oleh sejenis parasit Filariasis dan penyakit menular tropika, disebabkan oleh cacing filiria parasit seperti benang, Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori, kesemuanya disebarkan oleh nyamuk. Ia amat jarang di negara Barat. Bentuk Untut yang paling biasa adalah elephantitis (bengkak dibahagian alat kelamin atau peha), yang merupakan penyakit pertama disedari disebarkan oleh serangga. Elephantitis disebabkan parasit tinggal di nod sistem limfa.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/Elephantiasis_of_leg_due_to_filariasis_Luzon_Philippines_4MG0008_lores.jpg/180px-Elephantiasis_of_leg_due_to_filariasis_Luzon_Philippines_4MG0008_lores.jpg

· Penyakit Malaria

Penyakit Malaria adalah penyakit infeksi yang disebabkan oleh protozoa parasit yang merupakan golongan Plasmodium, dimana proses penularannya melalui gigitan nyamuk Anopheles. Protozoa parasit jenis ini banyak sekali tersebar di wilayah tropik, misalnya di Amerika, Asia dan Afrika. Ada empat type plasmodium parasit yang dapat menginfeksi manusia, namun yang seringkali ditemui pada khusus penyakit malaria adalah Plasmodium falciparum and Plasmodium vivax. Lainnya adalah Plasmodium ovale dan Plasmodium malariae.

· Demam Denggi

Ia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

KAWALAN DAN PENCEGAHAN

· Kaedah pengawalan dan pencegahan secara umum : -

· Sentiasa mengawal perumah sarang domestic

· Pemusnahan kawasan pembiakan vector

· Penggunaan insektitisid secara berkala untuk infeksi bawaan vector

· Melakukan pemeriksaan makanan berasaskan haiwan

· Pengurangan sentuhan manusia dengan haiwan kesayangan dan haiwan ternakan.

· Memperbaiki persekitaran tempat kerja termasuk bagi ahli veterinary dan pekerja mnakmal.

· Empat komponen penting di dalam mengawal dan mencegah secara sistematik:-
1. Kawalan alam sekitar (Fizikal)
2. Kawalan Biologi
3. Kawalan Kimia
4. Kawalan Tingkahlaku manusia
- Pendidikan Kesihatan
- Penguatkuasaan undang- undang

1.Kawalan Alam Sekitar (Fizikal)
A. Modifikasi Alam Sekitar
-Merubah secara fizikal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang
-Contoh : merubah kawasan paya dengan membuat aliran tertentu/tasik

rekreasi.
B. Manipulasi Alam Sekitar
-Wujudkan keadaan sementara bagi menghalang pembiakan.
-Contohnya : Kocakan air,pintu air, kincir air
: Membersih dan memotong rumput.
C. Mengurangkan kontak manusia dengan vektor
- memasang jaring
- gunakan repelant
- gunakan kelambu
- membuang bekas pembiakan
- Zooproplaksis – memelihara/membela haiwan disekitar rumah contohnya

lembu.

2. Kawalan Kimia
- Racun serangga(insecticide)
- Racun Kulat(fingicide)
- Racun rode(rodenticide)
- Racun hama(miteticide)
- Racun siput(molluscide)
- Racun rumpai(herbicide)
- Racun saraf(never gas as chemical warface)

Jenis-Jenis Racun Serangga
a). Racun sentuh, racun perut dalam bentuk cecair atau pepejal.
b). Attractant. Punca kimia, fizikal spt. Cahaya, bunyi, haba yang dapat menarik

serangga dari jarak jauh.Contohnya UV dan perangkap bunyi.
c). Repellant. Bahan-bahan yag tidak disukai/gemari oleh serangga. Contohnya

DEET(diethyltolamide)
d). Penyekat perkembangan(tiruan hormon juvana). Contohnya: methroprene
e). Pemandul kimia.Untuk menyekat pembiakan serangga. Contohnya : Tepa,

Mepata

3. Kawalan Biologi
a). Ikan pemangsa larva. Contohnya : Ikan Guppy, Tilapia sp.(semasa kecil)
b). Pemangsa Invertebrata. Contohnya Kumbang air(Coleoptera)
c). Parasitik Nematoda: Contohnya : Romanomeris culicivorax(masuk dalam larva musnah & pecahkan tisu larva)
d). Pemangsa protozoa; Golongan ciliates- Lambronella sp.
e). Kulat parasit. Contohnya : Coelomyces – Langendium giganteum
f). Bakteria pathogenik. Contoh: Bacillus turiengensis versi israelensis – untuk kawalan Aedes dan Mansonia.
g). Kawalan genetik/IGR. Contoh: pemandulan jantan, chromosome translocatio – menghalang pembiakan

4. Kawalan TIngkahlaku Manusia
i). Memberi pendidikan kesihatan kepada semua.
- Agensi kerajaan, bukan kerjaan(swasta) dan badan NGO untuk memberi kesedaran bagi kawalan penyakit. Contohnya: gotong-royong, ceramah, pameran, risalah, media masa dan media cetak.
ii). Penguatkuasaan undang-undang :
- Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
- Akta Kerajaan Tempatan
- Akta Racun Makhluk Perosak



Cadangan-Cadangan
- Intergrasikan penguatkuasaan undang-undang sedia ada
- Kemaskan pasukan petugas
- Berikan kesedaran secara menyeluruh
- Tambahkan kempen secara intensif
- Berikan latihan dan kemahiran secukupnya terutama pada operator/pengendali dan ahli biologi
- Perkemaskan undang-undang sedia ada
- Wujudkan satu akta baru yang tidak berorientasikan keuntungan semata-mata terutama syarikat swasta.

0 comments:

Post a Comment