Welcome to our site

welcome text --- Nam sed nisl justo. Duis ornare nulla at lectus varius sodales quis non eros. Proin sollicitudin tincidunt augue eu pharetra. Nulla nec magna mi, eget volutpat augue. Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Integer tincidunt iaculis risus, non placerat arcu molestie in.

Thursday, January 29, 2009

entri ini hanya unjuk dijadikan panduan sesama umat islam.. bukan untuk menegur tetapi untuk dijadikan sebagai bahan pemikiran kite sekarang... sesungguhnya kita manusia tidak pernah sedar akan kesilapan kite... sesungguhnya ia datang dari hati kita untuk melakukan sesuatu bukan??? oleh itu marilah kite renung - renungkanlah artikel ini.......... dan disini juga saye ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan, terumpat dan sebagainye sepanjang perkenalan kite....

tanda2 kiamat sudah kelihatan

Hari Kiamat semakin hampir

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.
w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
"
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang.
" - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.
" - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.
" - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.
" -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN?LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."
pesanan…
Apakah Persediaan Kita Untuk Menghadapi Hari Pembalasan Kelak….
Wallahualam….

artikel ini saye celok dari seorang sahabat bernama NURUL--FRIENDSTER.....
Mimpi (New Version)
Anggun
Dalam hitam gelap malam, Kuberdiri melawan sepi
Disini, di pantai ini Telah terkubur sejuta kenangan
Dihempas keras gelombang yang tertimbun batu karang
Yang takkan mungkin dapat terulang

Wajah putih, pucat pasi
Tergores luka di hati
Matamu, membuka kisah
Kasih asmara yang telah ternoda
Hapuskan semua khayalan
Lenyapkan satu harapan
Kemana lagi harus mencari

Kau sandarkan sejenak beban diri
Kau Taburkan benih kasih hanyalah emosi

Reff:
Melambung jauh, terbang tinggi bersama mimpi
Terlelap dalam lautan emosi
Setelah aku sadar diri, kau tlah jauh pergi
Tinggalkan mimpi yang tiada bertepi

Kini hanya rasa rindu merasuk di dada
Serasa melayang pergi
Terbawa arus kasih membara

Melambung jauh, terbang tinggi bersama mimpi
Terlelap dalam lautan emosi
Setelah aku sadar diri, kau tlah jauh pergi
Tinggalkan mimpi yang tiada bertepi

maafkan ku jika ku pernah melukan hati mu.........


ku tulis khas buat dikau.....

entri ni aku tulis khas buat org yg telah lama memenangi hati ku ini.... so paham-paham laaye....

alkisah....... ayibb..... sang kancil datang beramai - ramai menentang firaun( sory yee..salah dialog laa.... itu ayat dari cerita p ramli) ..... hari ni tanggal 29.01 09 merupakan hari bahagia bagi seorang insan yg ber nama AIN or AIN SHAZEHAN yang telah mencapai umur.......takyah la korang tahu........so azam ingin mengucapkan selamat hari lahir.....

bagi korang yg tahu or yg tak tahu.. sekarang aku nak bagi tahu jugak tentang ape yg istimewa tentang insan yg bernama AIN ni...... ......

Alkisah bermula......................

pada tahun 2003 waktu tu aku Form 3, aku ade la pg tuisyen dekat area selayang ....sooo waktu tu aku pg dengan kawan aku... so nak dijadikan cerita... aku banyakla bertanya dengan budak - budak kelas tu kalau tak paham ape yg cikgu ajjar...sbb otak aku niikan terlebih pandai skit....

soo yg selalu layan ( bak kate farah melodi) soalan aku tuuu ialah AIN. .. dia ni lah yg banyak bantu aku.....tp malang nye aku berhenti awal tuisyen tu sbb sekolah aku ade buat program belajar tuisyen dekat UM ( Universiti Malaysia tuuuuu)...... kisah tu tidak berhenti disitu sahaja....

sebelum aku berhenti tuisyen dekt situ aku sempat la mintak BIODATA sidia... ala yg tulis segala maklumat dekat situ tu... mcm nama, tarikh lahir, alamat, makanan kegemaran... ape- ape jela yg korang nak tulis.. kalau ade surat beranak pun korang boleh tampal sekali kalau nak laaa... heheh... so ni la biodata dia........


bila dah terpisah tu.... dalam beberapa tahun la .... pastu aku ade terima panggilan telefon... ( waktu tu aku takde handphon lg ) rupa rupa nye sidia yg call... waktu tu pada akhir tahun 2005......cuba korang bayangkan selama dua tahun kitorang terpisah pas2 tub-tub terjumpa balik........itulah dinamanye takdir...... pas2 kawn punyalah kawan ...... sampaila kitorang couple......sampai la sekarang.......tp yg pelikya ade lg mamat yg lg hensem dekat kelas tuisyen tp dia tetep jugak dengan aku.... sebab apee... itu kite tak tahu ok....... hanye dia yg tahu....haaa pg la tanya dia..hhahahaah

yg buat aku kekal dengan dia sampaila sekarang ialah..... sebab dia seorang yg memahami.... walaupun aku ni ramai kawan pompuan tp dia tetap pecaya kat aku pasu aku ni kuat marah....dia je paham aku......... kalau aku ade masalah mesti dia akan cuba selesaikan... pas2 dia ni seorang yg ambil berat.. selalu call aku, selalu sms aku... nak senangkan cerita dia ni sesuai la dengan aku....

sekarang ni si dia kerja dekat Melaka.... walaupun kitorang jauh ... tapi dekat dihati....hehehe
jodoh kitorang kite serahankan ada takdirr... sooo hadiah kali ni aku just belikan dia kain.....
dia ckp dia suka warna ungu.. so ni la kain yg aku beli kat... Tak yah la korang sebuk nak tahu ok.... ....nanti kalu dah kawin azam beli kilang kain pulak ye untuk AIN ye.......


korang nak tengok ke gambar terbaru dia.... tak payah laaa.. nanti korang sebuk interbiu dia pulak... pastu korang kuarkan gambar kitorang dalam suratkabar laa... eeee taknak laaa nanti satu dunia akan tahu tau...... nanti azam akan jawap NO KOMEN jee......heheheh

soo itu je yang dapat azam kongsikan dekat korang....tp jangn cerita dekat orang lain tau pasal semua yg azam cerita dekat sini ok......janji tau..... jangan tipu .. nanti tak masuk syurga...hahah ok lah.. salam....

Tuesday, January 27, 2009

alahaiii malas nye nak siapkan asment Imunologi ni.... esok pulak ade lawatan dekat Uni Kebangsaan Malaysia... nak pegi muzium anatomi dekat sane....tp aku sedey la....nak tinggalkan Anty Farida ni...dia ni memang memang dok kat makmal kolej aku... nama tengkorak ni Anty Farida.... takde sape yang boleh gantikan kau anty Farida walaupun dekat UKM tu ade ramai tengkorak yg lagi cantik dari kau.....huhuhu...

Artikel ini dicelok dari mamat yg bernama Justkhai yg kiranye pandai jugak la pasal bab - bab komputer ni....(sory ye khai curi ko punye artikel.....jangan saman saye sudey...)

sbb utama aku tulis artikel ni.. sbb kawan - kawan aku semua baru beli laptop sbb dah nak praktikal ni... so dengan artikal ni , sedikit sebanyak dpt la membantu korang dalam pengetahuan komputer ni.. takde la korang ni asik bukak Ym, Myspace, friendster ngan Youtube je...tak berkembang otak korang nanti kan.. OHH terlebih sudah...

buat ikut turutan ok.......

1. Buang segala macam program yang tidak digunakan
Korang mesti perasan yang Windows ni bila kita baru format (like korang beli pc baru), dia punya performance memang mantap kan? Tapi lama-kelamaan, bila korang dah masuk software itu ini, game dan macam-macam lagi lah, korang sendiri dapat rasakan yang performance mantap tu dah berubah jadi slow. Jadi ini tak bermakna korang perlukan RAM yang besar je untuk hidup.

So pastikan korang buang mana-mana application atau games yang nyatanya tidak lagi korang guna. Atau mungkin 2 tahun sekali baru korang nak bukak. Biarpun application tu korang tak gunakan, ianya still menggunakan sebahagian besar ruang hard disk dan akan memberi effect pada performance PC korang. Percayalah.

Click Start >> Control Panel >> Add or Remove Programs.

2. Pastikan hard disk bersih dan tersusun
Bila hard disk korang tidak tersusun dan penuh dengan segala macam data yang tak berguna, ianya akan memberi kesan kelembapan pada PC bila mana hard disk korang gagal memberikan full performance dari tindak balas OS. So tanpa perlu menggunakan apa-apa software, korang hanya perlu lakukan Disk Cleanup dan juga Disk Defragmenter.

Click Start >> All Programs >> Accessories >> System Tools

* Disk Defragmenter mengambil masa yang agak lama mengikut saiz partition yang korang nak defrag. So Khai nasihatkan, kalau nak buat pun, buat masa nak tidur. Bangun nanti siap la tu.

3. Pastikan registry “Error-free” maa..
Ini yang paling penting bagi sesebuah PC. Registry adalah “critical componant” bagi sesebuah komputer. Bila korang install apa-apa application mahukan uninstall, registry korang akan berterabur dan tak tersusun. Kadang-kadang tu, even korang dah uninstall pun, tak bermakna registry application tu akan turut hilang. Kesan disebabkan registry errors dapat dilihat bila PC korang hang, system crash atau keluar blue screen daa. Seram kan? Hahaha..

So korang perlukan satu software yang mampu perbaiki error di bahagian registry. Korang boleh gunakan apa-apa registry cleaner tools yang ada dalam internet ni. Atau kat bawah ni ada satu software yang Khai recommend untuk korang guna. Silalah download kalau mahu.

Tune Up Utilities 2009
Download - 371 kali telah di download. ( kalau takde just download freetry (google) je pastu ambik Crack yg ade kat sini)
Crack = click sini..

*registry amat sensitif.. play at your own risk..

4. Pastikan desktop kurang icon
Pastikan desktop korang tak penuh dengan macam-macam icon, file, shortcut dan segala macam data. Selain menunjukkan yang korang ni jenis serabut dan tiada arah (maaf ye), ianya juga memberi kesan kelembapan bila korang turn on PC.

So, sila remove mana-mana icon dan shortcut yang tak berguna kat desktop korang tu. Apa lagi file-file yang besar macam MP3, executable file dan sebagainya. Letak kat mana-mana pun asalkan bukan di desktop.

Cara mudah, sila right click di desktop, klik view dan un’tick Show Desktop Icon. Habis licin semua tersorok. Hehe. Lakukan before korang shutdown dan bila korang on balik pc tu nanti, windows tak perlu bersusah payah nak load icon tu balik. Ini cara bagi mereka yang pemalas nak bersihkan desktop.

Info Tambahan
Khai tak tahu samaada korang tahu atau tak, function refresh di desktop tu kegunaan dia hanya untuk reload icon-icon di desktop semata-mata. Ianya langsung tak memberi kesan performance pada PC. Jangan cakap bila korang refresh, PC korang jadi laju pulak ye? So lepas ni tak payah nak main-main refresh kat desktop tu melainkan ianya dah menjadi habit korang. Macam Khai jugak bila time menunggu file-file di’upload, main la refresh-refresh. Bapak bosan hidup aku. Haha.

artikel ini dicopy and dipaste dari laman web yang boleh dipercayai...... pastu azam nak tambah sikit software yang kiranye bagus jugak la korang install iaitu

  • software azan.. so bila tengah syok online YM tu bila terdengar azan ... so tak reti - reti lagi ke nak tunaikan solat tu.......kalau nak download kat sini
  • untuk sesiape yang gatal nak pakai win vista tapi loptop korang beli waktu zaman Hang Tuah tu.. mesti keciwa bagai nak nangiskannn sbb tak dapat instal... so kat sini ade software yang boleh korang download walaupun korang pakai win XP. Just install je benda ni pastu ia terus bertukar menjadi win Vista.. takpawah nak format laptop pun... mcm aku buat. hahah bangga siut pakai window ni. korang boleh download kat sini...

Sunday, January 25, 2009

entri ni aku tulis khas untuk korang semua...............
assalamualaikum..... aku skung ni ade kat kg.... boring pulak duk kat sini tp yg bestnye takde la bising sangat mcm dekat kl tu asik bising je dengan bunyi motor... mcm diarong sorang je ade motor... takpe bila aku ade moto nanti siap korang...nanti aku lah raja raja jalanan... bukan raja rempit tp raja tersepit. tu gelaran aku waktu kecik dulu sbb waktu aku naik basikal, kononnye nak tunjuk aksi ganas la konon tp malangnye aku terjatuh sbb tempat penyayuh basikal aku tu terpatah... malu betul aku... si zira ngan kakak dia tergelak je bila dia tengok aku tersepit dekat basikal tuuu..... bukannye nak tlg aku....sedeykan cter aku.... hahahah

nak dengar cter lg.....

ha lupa bulak nak cerita kat korang yg aku insyaallah akan berpraktikal dekat Hospital kuala Pilah...... so cuma tinggal 3minggu je lagi aku akan abis blaja dekat u aku .. u = kolej PTPL laaa..cuba bayang kan aku dekat hospital niiii......mesti gempak kan..hahahah

so rasa sedey skit la nak tinggalkan kengkawan kat kolej...semua akan berpisah ..dah tak macam dulu lg... selalu makan sesama.. kencing sesama.. aku just teman je dorang g toilet ok... selalu buat keje sesama... mengumpat sesama...shoping sesama.... nak dijadikan cerita semuanye sama lah.....dan yg penting setiap kali hari jadi kitorang akan sambut ramai ramai... contohnyae dalam gambar kat bawah ni.....waktu ni kitorang sambut besday si Syafik dengan Ggyatun...


pas2 kitorang jugak akan buat aktiviti riadah macam berbuka puasa bertogether- getherlaa..macam kat bawah ni.... waktu ni kitorang berbuka puasa dekat Maju Junction mall..kebanyakan yang pg pun gang BTB jeee.. dengan team kembarr.... best .. coz dorang spoting...love u all....



aku harap ko takkan lupa ape yang kite pernah lalui selama hampir 3 tahun ni....semoga persahabatan kite kekal foreverrr.....

Sunday, January 18, 2009

alaihai memey.....

pada 13 haribulan1 ari tu ade meting dengan budak geng aku sbb nak uruskan hari openday dekat PTPL ampang...so bincang punya bincang rupanya kitorang lupa yang ari tu rupanye ade tumubual WHI dengan memey... so dengan tidak sabarnye kitorang pergi foodcourt dekat Ampang Point sbb dekat sane ade tv....bila sampai je dekat sane aku ingat aku dengan geng BTB je yang sebuk pasal si Memey ni , rupa-rupanya pensyarah aku jugak subuk duk makan depan TV jugak nak tengok kisah si memey ni........tp tak tak bestnye bising la kat sane.. asik dengar orang ketuk kuali je...ye la nama lagi tempat makan ye takkk....mesti la bising.. tp bila aku tengok si memey ni, kesian diaaa baru umur 20 tahun dah jadi macam ni... kan baik kalu ko blajar dekat PTPL macam kitorang ni... tak yang sebuk nak belakon ni... sebenarnye aku pun minat jugak nak jadi artis ... nak menyanyi tp menyanyi dekat kareoke jamban boleh la kod.... so renung - renungkan kisah si memey ni.. selamat beramal....http://www.youtube.com/watch?v=vl4AobCz7xM

Mase ni waktu kitorang dah abis kelas.. so tanpa membuang masa kitorang terus pegi melantak dekat Ampang Point…dah lepas semua kenyang… si kawan aku ni yg gile menyanyi ajak pg karoke jap dekat ape yg dorang kate tu 'karaoke jamban'. Buruk giler panggilan tu kann….org panggil mcm tu sbb tempat karaoke tu kecik je, boleh masuk dalam 4 @5 orang je.. tu pun ade yg kene berdiri.. pas2 kat situ ade maja snuker, so aku pulak ajak dorang main, tp malang betul sbb semua tak reti main, asik tak masuk je, kitorang pun main ikut suka je la. Hahah mungkin waktu kecik kitorang ni semua tak bedung tangan kod. Tapi yang penting kitorang mesti bergambar, tak kisah la pandai main atau tidak yang penting kita enjoy…… Go BTB.

PARASITOLOGI III : ARTROPOD...

Saturday, January 10, 2009

TUJUAN

Perkataan "artropod" datang daripada dua kalimah Yunani, arthro (bersendi) dan lenggai (kaki). Oleh itu, semua arthropods adalah binatang-binatang mempunyai sendi-sendi dalam rangka luar mereka dan ia termasuk semua bagi anggota badan mereka. Kumpulan haiwan-haiwan yang diketahui sebagai arthropods adalah merupakan kumpulan serangga yang paling penting dan ia merupakan spesis dan individu yang paling banyak bilangannya dalam alam haiwan yang berada planet itu. Arthropod juga merupakn haiwan yang paling Berjaya sekali diantara haiwan – haiwan lain. Kumpulan ini termasuk serangga-serangga (kumbang-kumbang, semut-semut, kupu-kupu, dan sebagainya.), crustaceans (ketam-ketam, udang karang, teritip-teritip, dan sekutu-sekutu mereka), chelicerates (labah-labah, kala jengking, dan waris mereka), dan kumpulan binatang beberapa yang kurang pelbagai dan kurang dikenali. Terdapat lebih banyak menggambarkan spesies arthropods di Bumi daripada untuk semua haiwan lain bergabung. Kebanyakan arthropods mempunyai etiologi yang hebat, perubatan, dan kepentingan ekonomi.

Kepentingan

Arthropod juga merupakan penting didalam entomologi perubatan didalam ilmu serangga kerana mampu menjadi sebagai penular penyakit atau penyebab kepada sesuatu penyakit. Arthropod juga mempengaruhi manusia dalam banyak cara dan sesetengahnya mendatangkan manfaat kepada manusia dan ia juga boleh menyebabkan kerugian besar dari segi ekonomi disamping membahayakan manusia dan haiwan.

Antara kesan – kesan yang disebabkab oleh arthropod ialah :

· Infestasi

Ia berlaku apabila terdapat arthropod didalam tubuh yang boleh berlaku di bahagian luar seperti pedikulus yang disebabkan oleh kutu dan boleh mengakibatkan myiasis.

· Gigitan dan sengatan

Sesetengah gigitan oleh arthropod seperti nyamuk dan kutu tidaklah menyebabkan kesan yang teruk tetapi sengatan seperti labah – labah dan halipan akan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat sehingga menyababkan kematian.

· Bendalir beracun dan beberapa racun yang lain

Atrtropod seperti ulat bulu mempunyai rambut bersengat dan ia kan menyebabkan kulit melepuh dan ini sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan gangguan pada kulit.

· Kejutan anfilaksis dan tindak balas alergi yang lain

Serangga yang mengandungi venom( racun yang terdiri daripada bahan- bahan protein yang kompleks, asid formic dan asid asetik biasanya tidak menyebabkan berlakunya banyak tindak balas. Akan tetapi ia mungkin menjadi hipersensitif selepas digigit pada kali pertama, dan apabila ia digigit oleh serangga yang sama pada kali kedua , ia akan mengalami tindak balas yang teruk dan serius.

· Entamofobia

Ia bermaksud takut kepada serangga seperti sentiasa berwaspada terhadap serangga dan ia juga mengakibatkan sesetengah orangterlalu takut sehingga terpaksa menjalani rawatan

MORFOLOGI ARTROPOD

Pada keadaan umunnya, kesemua arthropod mempunyai morfologi yang hampir sama iaitu :

· Badan yang bersegmen

· Badab serangga dewasa terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala , toraks, dan abdomen.

· Bersimetri bilateral

· Mempunyai exoskeleton

· Mempunyai tiga pasang kaki

· Kepalanya merupakan bahagian paling anterior dan terbentuk daripada 6 segmen yang telah bergabung

· Kepalanya mempunyai sepasang antenna , bahagian mulut dan mata.

· Sesetengah arthropod mempunyai mata majmuk / mata ringkas.

· Mempunyai apendej yang bersambung

· Mempunyai rangka luar yang keras.

· Apendej dibahagian lain ialah kaki untuk berjal;an , apendej untuk berenang atau apendej genetal.

· Anggota badan bersendi dan bersendi mouthparts - yang membenarkan pengkhususan luas

Antara bahagian utama morfologi arthropod ialah : -

Sistem pencernaan & Sistem-sistem Perkumuhan

Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu gut pangkal, yang terdiri daripada rongga mulut anterior, faring berotot, esophagus dan proventrikulus, gut tengah dan gut hujungan. Dekat persimpangan bagi usus tengah dan gut belakang adalah panjang, struktur-struktur nipis dipanggil Tubul-tubul Malpighi untuk osmoregulasi dan perkumuhan.

Sistem Peredaran

Ia terdiri daripada jantung yang terletak di bahagian dorsal, aorta dan terdapat juga salur darah yang berpasangan yang terbuka ke dalam hemoselom yang berlanjutan ke dalam semua bahagian badan.

Sistem Saraf

Ia terdiri daripad otak yang mengandungi ganglion sefalik dorsal dan gonglion sefalik ventral yang berpadu antara satu sama lain. Gangliomn sefalik dihubungkan dengan batang saraf berpasangandi bahagian median dan ventral melalui komisur sirkumesofagus. Saraf ventral yang berpasangan ini mempunyai ganglion pada setiap segmen badan.

Sistem Pernafasan

Sistem respirasi atau pernafasan arthropod terdiri daripada system trakea dandalam sepsis akuatik ia terdiri daripada ingsang. Organ respirasi bagi kala dan labah – labah dikenali sebagai paru – paru buku.

Sistem Pembiakan

Ia mempunyai morfologi orgen seks yang berlainan berdasarkan perbezaan morfologi. Sistem pembiakan betina adalah pada sebelah kiri dan jantan pada sebelah kanan

Lima kelas-kelas morfologi penting Arthropods adalah arachnida, chilopoda, diplopoda, crustacea dan insect :-

Kelas Arachnida: labah-labah, kala jengking, dan hama.
Morfologi Arachnida:

  • 2 badan ulas - sefalotoraks dan perut
  • 8 kaki
  • 1 sepasang chelicerae
  • tidak antena



Kelas Chilopoda (lipan-lipan)
Morfologi Chilipoda:

  • banyak segmen-segmen badan
  • 1 sepasang kaki setiap segmen badan
  • 1 sepasang antena
  • pasangan pertama kaki diubah suai menjadi beracun "taring-taring"

Kelas Diplopoda (gonggok)
Morfologi Diplopoda :

  • Banyak segmen-segmen badan
  • 2 sepasang kaki setiap segmen badan
  • 1 sepasang antena

Kelas Crustacea :ketam-ketam, udang, dan sowbugs.
Morfologi Crustaceana :

  • Segmen-segmen beberapa anggota - kepala, toraks dan perut
  • Segmen-segmen terlakur mungkin
  • Jumlah berbagai-bagai kaki
  • 2 pasangan-pasangan antena

Kelas Insecta (Serangga-serangga);kumbang-kumbang, pepijat, penyengat-penyengat, rama-rama, dan lalat-lalat
Morfologi insecta :

  • 3 badan ulas
  • 6 kaki
  • 1 sepasang antena

VEKTOR PENYAKIT

· Artropod berperanan didalam membawa parasit yang menyebabkan penyakit daripada seorang manusia kepada manusia lain.

· Kaedah tranmisi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaiyu kaedah makanik dan kaedah biologi : -

Tranmisi secara makanik

Ia berlaku apabila sesuatu serangga membawa mikroorganisma seperti bacteria disenteri melalui kaki atau bulu badan dari tempat yang kotor kepada makanan manusia atau kepada tubuh badab manusia.

Tranmisi secara biologi

Ia berlaku apabila arthropod bukan sahaja mentranmisikan mikroorganisma tetapi ia juga penting didalam kitar hidup parasit tersebut. Tranmisi dari segi ini boleh dibahagikan 3 kumpulan berikut :-

I. Perkembangan bilangan- parasit membesar tanpa melalui sebarang kitaran didalam badan arthropod berkenaan. Contohnya virus yang menyebabkan demam kuning, demam denggi yang berkembang di dalam badan nyamuk. Selepas beberapa hari, virus – virus ini akan mencapai kepekatan yang mencukupi di dalam kelenjar air liurnyamuk tersebut yang mengandungi virus yang akan disuntik sebagai suatu dos infektif apabila nyamuk ini menghisap darah perumah lain.

II. Perkembangan bentuk – parasit menjalani satu bahagian penting dalam kitaran hidupnya di dalam arthropod tanpa menambahkan bilangannya. Dalam filariasis, nyamuk akan menghisap beberapa microfilaria ke dalam ususnya dan makrofilaria ini pula akan mencari jalan keluar dari usus dan memasuki otot toraks, di mana ia akan melalui beberapa peringkat. Kemudian larva yang infektif ini akan merayap hingga ke proboscis nyamuk dan menginfeksi perumah yang lain ketika nyamuk itu sedang menghisap darah.

III. Perkembanagan bilangan dan bentuk - kitaran penting dan pertambahan pesat bilangan parasit berlaku dalam perumah arthropod. Parasit malaria itu menjalani satu bahagian penting dalam kitaran hidupnya di dalam nyamuk, bilangan parasit ini juga akan bertambah dengan banyak dalam serangga ini.

Antara cantoh peyakit yang disebabkan oleh vector penyakit arthropod ialah :-

· Japanese Encephalitis (JE)

Japanese Encephalitis (JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan nyamuk ini boleh menyerang sistem saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian.Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan Arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah dalam kes ini ialah nyamuk Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk Culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi (perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan kepada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus JE tidak berjangkit sesama manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut .

· Penyakit filariasis

Penyakit Untut atau penyakit filariasis pernah menjadi satu penyakit yang amat digeruni di ASEAN. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk jenis mansonia. Penyakit Untut disebabkan oleh sejenis parasit Filariasis dan penyakit menular tropika, disebabkan oleh cacing filiria parasit seperti benang, Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori, kesemuanya disebarkan oleh nyamuk. Ia amat jarang di negara Barat. Bentuk Untut yang paling biasa adalah elephantitis (bengkak dibahagian alat kelamin atau peha), yang merupakan penyakit pertama disedari disebarkan oleh serangga. Elephantitis disebabkan parasit tinggal di nod sistem limfa.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/Elephantiasis_of_leg_due_to_filariasis_Luzon_Philippines_4MG0008_lores.jpg/180px-Elephantiasis_of_leg_due_to_filariasis_Luzon_Philippines_4MG0008_lores.jpg

· Penyakit Malaria

Penyakit Malaria adalah penyakit infeksi yang disebabkan oleh protozoa parasit yang merupakan golongan Plasmodium, dimana proses penularannya melalui gigitan nyamuk Anopheles. Protozoa parasit jenis ini banyak sekali tersebar di wilayah tropik, misalnya di Amerika, Asia dan Afrika. Ada empat type plasmodium parasit yang dapat menginfeksi manusia, namun yang seringkali ditemui pada khusus penyakit malaria adalah Plasmodium falciparum and Plasmodium vivax. Lainnya adalah Plasmodium ovale dan Plasmodium malariae.

· Demam Denggi

Ia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

KAWALAN DAN PENCEGAHAN

· Kaedah pengawalan dan pencegahan secara umum : -

· Sentiasa mengawal perumah sarang domestic

· Pemusnahan kawasan pembiakan vector

· Penggunaan insektitisid secara berkala untuk infeksi bawaan vector

· Melakukan pemeriksaan makanan berasaskan haiwan

· Pengurangan sentuhan manusia dengan haiwan kesayangan dan haiwan ternakan.

· Memperbaiki persekitaran tempat kerja termasuk bagi ahli veterinary dan pekerja mnakmal.

· Empat komponen penting di dalam mengawal dan mencegah secara sistematik:-
1. Kawalan alam sekitar (Fizikal)
2. Kawalan Biologi
3. Kawalan Kimia
4. Kawalan Tingkahlaku manusia
- Pendidikan Kesihatan
- Penguatkuasaan undang- undang

1.Kawalan Alam Sekitar (Fizikal)
A. Modifikasi Alam Sekitar
-Merubah secara fizikal dan mempunyai kesan jangkamasa panjang
-Contoh : merubah kawasan paya dengan membuat aliran tertentu/tasik

rekreasi.
B. Manipulasi Alam Sekitar
-Wujudkan keadaan sementara bagi menghalang pembiakan.
-Contohnya : Kocakan air,pintu air, kincir air
: Membersih dan memotong rumput.
C. Mengurangkan kontak manusia dengan vektor
- memasang jaring
- gunakan repelant
- gunakan kelambu
- membuang bekas pembiakan
- Zooproplaksis – memelihara/membela haiwan disekitar rumah contohnya

lembu.

2. Kawalan Kimia
- Racun serangga(insecticide)
- Racun Kulat(fingicide)
- Racun rode(rodenticide)
- Racun hama(miteticide)
- Racun siput(molluscide)
- Racun rumpai(herbicide)
- Racun saraf(never gas as chemical warface)

Jenis-Jenis Racun Serangga
a). Racun sentuh, racun perut dalam bentuk cecair atau pepejal.
b). Attractant. Punca kimia, fizikal spt. Cahaya, bunyi, haba yang dapat menarik

serangga dari jarak jauh.Contohnya UV dan perangkap bunyi.
c). Repellant. Bahan-bahan yag tidak disukai/gemari oleh serangga. Contohnya

DEET(diethyltolamide)
d). Penyekat perkembangan(tiruan hormon juvana). Contohnya: methroprene
e). Pemandul kimia.Untuk menyekat pembiakan serangga. Contohnya : Tepa,

Mepata

3. Kawalan Biologi
a). Ikan pemangsa larva. Contohnya : Ikan Guppy, Tilapia sp.(semasa kecil)
b). Pemangsa Invertebrata. Contohnya Kumbang air(Coleoptera)
c). Parasitik Nematoda: Contohnya : Romanomeris culicivorax(masuk dalam larva musnah & pecahkan tisu larva)
d). Pemangsa protozoa; Golongan ciliates- Lambronella sp.
e). Kulat parasit. Contohnya : Coelomyces – Langendium giganteum
f). Bakteria pathogenik. Contoh: Bacillus turiengensis versi israelensis – untuk kawalan Aedes dan Mansonia.
g). Kawalan genetik/IGR. Contoh: pemandulan jantan, chromosome translocatio – menghalang pembiakan

4. Kawalan TIngkahlaku Manusia
i). Memberi pendidikan kesihatan kepada semua.
- Agensi kerajaan, bukan kerjaan(swasta) dan badan NGO untuk memberi kesedaran bagi kawalan penyakit. Contohnya: gotong-royong, ceramah, pameran, risalah, media masa dan media cetak.
ii). Penguatkuasaan undang-undang :
- Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
- Akta Kerajaan Tempatan
- Akta Racun Makhluk Perosak



Cadangan-Cadangan
- Intergrasikan penguatkuasaan undang-undang sedia ada
- Kemaskan pasukan petugas
- Berikan kesedaran secara menyeluruh
- Tambahkan kempen secara intensif
- Berikan latihan dan kemahiran secukupnya terutama pada operator/pengendali dan ahli biologi
- Perkemaskan undang-undang sedia ada
- Wujudkan satu akta baru yang tidak berorientasikan keuntungan semata-mata terutama syarikat swasta.